Pages

Tuesday, May 31, 2016

Kenangan di kota Dhaka

Hujung 2014 aku ke Dhaka bersama seorang sahabat, misi- melawat Asian Art Biennale 2014. Walaubagaimanapun dalam blog ini aku cerita hal life dan makan makan kat Dhaka sahaja, hal urusan resmi boleh refer blog aku yang satu lagi collect curate conserve.

Kami pergi pada bulan 12 26 haribulan 4 hari lagi happy new year. Bulan ni musim winter dan kering, sangat berhabuk. Jadi persediaan awal untuk orang yang tak punya paru paru Rambo adalah mask tutup hidung.
pengangkutan utama kami di dhaka selepas beca.
 tapi orang sini ada banyak alternatif. atas lori tu kempen restoran baru
dan ditempat teratas adalah nasi briyani . memang sedap tetapi ada tergigit tulang kambing sekali sekala, kambing dipotong kecil sekali dengan tulang. rasanya memang sedap jauh dari briyani yang jumpa kat KL, KL pun ada briyani mamak(tamil/india selatan) aku tak minat!, briyani pakistan dan india utara (pilihan aku mungkin teringat masa duduk Lucknow dulu kut) dan briyani melayu yang macam -macam jenis (boleh la/tapi bukan pilihan). 

dan yang ni paling top briyani kat dahaka, hajee briyani atau hazerr briyani. memang best, terasa nak p jalan silang belakang kota raya cari briyani ni kat KL.

suasana dalam kedai hajee, ada orang berselimut pasal sejuk musim ni.
kedai dia kat old dhaka, jalan lorong lorong sempit dan banyak kedai makan area tu, nak p situ cari rickshaw walla dan bagitau kat dia nak makan briyani sedap mesti dia bawa p situ.

berteh yang digaul dengan ulam campur cabai dan garam..ok gak ni banyak kat kaki lima , kudapap musim sejuk sama kat india dulu.


 tengah hari lunch time kalau ada peluang kami singgah kedai makan tepi flat on the way ke academy tu makan roti nan cicah kari ayam pekat dan pedas




the butcher of old dhaka 
  dan makan kacang kuda pula

 lorong lorong old dhaka ada kediaman dan kedai kedai kecil yang ni kedai tukang besi.

Bila rasa nak ngeteh petang petang  kami singgah je kat bistro kakilima ni, dia punya barrister tengah prepare chai untuk kami.

teko old skool 
kedai barang dapur stainless memang banyak, ini adalah budaya asia selatan dengan utensil jenis ini. teringat work suboth gupta pulak.

Balik kerja dah malam lebih kurang pukul 7 lebih dah gelap sangat. kami singgah warung tepi longkang/jalan/ makan nasi putih dengan kari ikan.

 




 Kemudian kami pun p melawat istana lama tepi sungai, kat situ ada pasar dan perahu perahu tambang untuk orang sini seberangi sungai.



Ada peluang melawat pasar, kalau duduk lama sikit, lebih baik cari service apartment yang ada dapur dan boleh masak. barang kat pasar memang fresh dan murah. terutama fresh water fish dia.

udang galah pun ada


ini macam ikan haruan bunga

 saudagar ikan kering
 ikan selat dan belida pun ada

 sirih, jangan tanya la


 ayam itik dijual hidup hidup



dan akhir sekali, ini pasangan shaheen, laki dia photograper/designer, bini dia doktor. Depa rasa offended bila kami cerita keenakan briyani hajeer tu. depa kata itu tidak authentic bangladesh. itu makanan pengaruh luar dari arab turki mughal dulu. Jadi depa bawak kami makan nasi dengan lauk asli bangladesh...memang ada kelaianan, sambal dia pun macam macam, macam makan kedai makan nasi padang pulak.

No comments: