Pages

Wednesday, March 21, 2012

EL HUSNA TIHANI DAH SETAHUN HARI INI

El Husna dah genap setahun
Gigi tiga batang macam isi jagung
Sudah enam bulan dia di bumi Britain
Empat bulan musim sejuk dia dapat bertahan 
Semoga sentiasa gagah di hari hadapan
Pandai bercakap dan mendengar kata
Allah hu Akhbar meniru dia
Mengangkat tangan dan sujudkan muka
Meniru abang, mama dan papa
Yang lebih tahu hanyalah Dia Yang Maha Kaya
Semoga El Husna jadi insan berguna
Menjaga maruah diri dan keluarga
Beramal ibadah kerana Allah t'ala
Memelihara bumi dan isikandungnya..






Photo by Adam Firdaus Amerrudin