Pages

Monday, January 16, 2012

Adam Home Alone

Adam berjalan ke sekolah setiap hari, jarak dalam 5 minit sahaja. Seblah tangan pegang beg sebelah lagi pegang lunch box.
Hari ini suhu -4c frost jalan pun licin. Depan sekolah dah ditabur garam untuk cairkan ais. Rutin seharian sehingga masuk semester 2, setiap pagi jam 8.45 am hantar Adam ke sekolah, sebelum ni, mak long tolong hantar hari isnin, selasa, khamis. Adakala Adam akan pergi sendiri. Mulai minggu depan aku dah daftar Adam sebagai 'home alone'. Masukkan nama Siti jiran kami emak Zahim dan Ahmad untuk collect Adam sekali sekala. Adam bukan tak boleh jalan sorang cuma dia cari peluang nak main dengan kawan-kawan .
Jadi lepas sekolah dia akan dilepaskan oleh guru untuk keluar kelas sendiri. jika tidak setiap murid hanya dibenarkan keluar kelas pulang apabila ada parent/carer datang collect. Yang menariknya cikgu dia cepat cam jumpa sekali saja, mana-mana parent sampai dia akan panggil nama murid untuk keluar. Cara ini baik untuk hubungan parent dan guru-guru.

Aku dah dapat jadual sem 2. Padat 9 sampai 5 isnin, selasa, khamis dan jumaat. Semua di studio. Itu antara sebab Adam untuk Home Alone. Harap Adam tabah dan tough..

No comments: