Pages

Friday, August 17, 2012

TANAH SCOT

Kami ke Scotland musim panas ni. Perancangan yang agak lewat, Tapi seperti biasa disini yang orang kat Malaysia tak buat ialah kongsi bilik. Kami kongsi dengan keluarga Halim jiran kami, dalam bilik ada 4 dewasa dan 4 budak.. lagipun balik hotel untuk tidur saja.. keluar pagi balik lewat malam. dan hotel ni pulak dia charge per room bukan per person seperti kebiasaan hotel di uk ni.

Kami station di Ayr sebelah barat Scotland, kami cadang berjalan sebelah utara barat Scotland dahulu untuk lihat panorama Highland yang cantik. terus  ke daerah paling utara iaitu Inverness, untuk singgah di tasik Loch yang terkenal dengan Loch Ness tu. balik singgah Fort William. Kemudian ke Streling, ke Aberdeen melalui Perth, Dundee, dan balik Newcastle melalui Edinburgh. Utara Scotland ni lebih atas dari Moscow dan dekat dengan Iceland jadi cuaca amat berbeza dengan England yang lain. Tapi perjalanan musim panas sedikit terganggu dengan sejenis agas yang akan hurung dan ketit badan kita lebih gatal dari nyamok.

 Bangunan dari batu granite di Aberdeen
 Loch ness
 Glasgow
 Singgah di Badenoch di Highland

 Posing tepi Loch ness exhibition center
 Loch ness
 Dramound Safari di Sterling

 Bandar kota Sterling, bandar buku dan uni sterling
 Kota dan bandar lama sterling belakang castle tu
 Fort Willim dah lewat petang
 Ben Navis tempat pusat ski musim winter
 Masjid Noor Glasgow. Kami juga singgah di Pusat Islam Scotland, Masjid di Sterling dan Aberdeen. Istimewa berjalan bulan Ramadhan musim panas ni, siang panjang, jamak zohor dengan asar around pukul 7 kalau letih tunggu maghrib pukul 9, boleh berbuka puasa dengan jamaah masjid dan kalau sesiapa yang nak terus sambung isyak dan terawih.
Rezeki dapat berbuka free dengan penduduk tempatan.
 Atau singgah mana-mana bumi Allah untuk sembahyang. Ni salah sebuah tasik (Loch) dalam perjalanan turun ke Fort William. Semua sungai da tasek airnya bersih jernih.


 Inverness ibu kota Highland negeri utara Scotland

 Makan tak ada masalah, banyak kedai halal di sini.
 Sedikit persiapan raya di Ummah Welfare trust, menderma sambil berbelanja, harga pun tak mahal
 Panas di Glagow
 Inverness





No comments: