Malam terawih terakhir di masjid tauhid Imam Al Basit maklumkan pada hari Jumaat selepas dzuhur akan ada aktiviti berinai atau henna untuk sisters dan children. Tradisi di sini, mungkin dominan pengaruh india, pakistan, bangladesh kat sini kut. warga luslim lain yang ramai di sini ialah turki, kurdish, arab dan parsi.
Maka selepas Jumaat dibawalah El dan mama dia untuk jumpa sisters lain dan berinai kat masjid tauhid tu. Tujuan acara ini adalah untuk menambah tabung derma masjid dan para sisters bercampur sesama mereka dalam persediaan eidul fitri di sini.
Merantau adalah ingatan yang paling dekat kehidupan zaman kecilku dengan almarhumah ibuku (alfatihah). Ini catatan yang tidak tersusun ..keterbatasannya pada dua jari telunjuk yang menekan huruf dan satu ibu jari kanan yang menekan space bar.. .“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” (Qs. Al-Isra’: 37).
Friday, August 31, 2012
Wednesday, August 29, 2012
SEKOLAH BARU ADAM
Adam akan masuk sekolah menengah bulan september ni. Masa daftar sekolah rendah Canning kat Council dulupun kami terus daftarkan sekali untuk sekolah menengah, masa tu officer kat Council tu cadangkan Excelsior Academy. Adam dah pun diterima masuk ke akademi ni. Dia terpilih untuk masuk ke Milburn School
of Health Related
Studies. Ada 4 sekolah semuanya dalam akedemi ini- Armstrong School of Business And
Economics , Hadrian School
of Environment,
Technology And Design dan Jefferson School
of Creative And
Performing Arts.
KE CONGLETON AMBIL KERETA
El Husna tiap kali suruh posing, dia pasti pi duduk menyangkung...
Adam suka kereta ni pasal side mirror dia boleh dilipat automatik.
Urusan beli kereta di UK ni senang, bayar duit ambil resit, bawa balik borang DLV dan kalau kereta tu ada road tax dan penjual akan sediakan insuran 7 hari dah boleh pandu bawa balik. Waranti untuk enjin diberi 3 bulan kalau kita nak 6 bulan atau setahun kita boleh beli dengan beberapa kadar tertentu.
Friday, August 17, 2012
TANAH SCOT
Kami ke Scotland musim panas ni. Perancangan yang agak lewat, Tapi seperti biasa disini yang orang kat Malaysia tak buat ialah kongsi bilik. Kami kongsi dengan keluarga Halim jiran kami, dalam bilik ada 4 dewasa dan 4 budak.. lagipun balik hotel untuk tidur saja.. keluar pagi balik lewat malam. dan hotel ni pulak dia charge per room bukan per person seperti kebiasaan hotel di uk ni.
Kami station di Ayr sebelah barat Scotland, kami cadang berjalan sebelah utara barat Scotland dahulu untuk lihat panorama Highland yang cantik. terus ke daerah paling utara iaitu Inverness, untuk singgah di tasik Loch yang terkenal dengan Loch Ness tu. balik singgah Fort William. Kemudian ke Streling, ke Aberdeen melalui Perth, Dundee, dan balik Newcastle melalui Edinburgh. Utara Scotland ni lebih atas dari Moscow dan dekat dengan Iceland jadi cuaca amat berbeza dengan England yang lain. Tapi perjalanan musim panas sedikit terganggu dengan sejenis agas yang akan hurung dan ketit badan kita lebih gatal dari nyamok.
Bangunan dari batu granite di Aberdeen
Loch ness
Glasgow
Singgah di Badenoch di Highland
Posing tepi Loch ness exhibition center
Loch ness
Dramound Safari di Sterling
Bandar kota Sterling, bandar buku dan uni sterling
Kota dan bandar lama sterling belakang castle tu
Fort Willim dah lewat petang
Ben Navis tempat pusat ski musim winter
Masjid Noor Glasgow. Kami juga singgah di Pusat Islam Scotland, Masjid di Sterling dan Aberdeen. Istimewa berjalan bulan Ramadhan musim panas ni, siang panjang, jamak zohor dengan asar around pukul 7 kalau letih tunggu maghrib pukul 9, boleh berbuka puasa dengan jamaah masjid dan kalau sesiapa yang nak terus sambung isyak dan terawih.
Rezeki dapat berbuka free dengan penduduk tempatan.
Atau singgah mana-mana bumi Allah untuk sembahyang. Ni salah sebuah tasik (Loch) dalam perjalanan turun ke Fort William. Semua sungai da tasek airnya bersih jernih.
Inverness ibu kota Highland negeri utara Scotland
Makan tak ada masalah, banyak kedai halal di sini.
Sedikit persiapan raya di Ummah Welfare trust, menderma sambil berbelanja, harga pun tak mahal
Panas di Glagow
Inverness

Thursday, August 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)