Pages

Sunday, February 26, 2012

FIQH LUAR NEGARA

 Ceramah disampaikan oleh Ustaz Yunus islamic scholar dari Durham Universiti. Banyak perbincangan dan persoalan tentang perkara yang berkaitan dengan permasalahan dan kehidupan muslim di luar negara terutama berkaitan dengan sembahyang jamak dan qasar, pilihan makanan, pergaulan dan bab mujahadah tertinggi. Banyak membantu walaupun kebanyakan maklumat telah diperolehi melalui internet tetapi adalah secara berdepan dan bersoal jawab. Majlis adalah tajaan Balai Malaysia Newcastle.

Antara yang dijawab - boleh jamak dan qasar sepanjang tahun pengajian di luar negara ikut pandangan ulamak Arab Saudi, pandangan yang kedua ikut keadaan dan hamya jamak sahaja iaitu kumpul dua waktu dan lakukan secara penuh/sempurna.
Makanan - kalau yakin tidak mengandungi benda haram boleh makan, tapi untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk buku Fiqh Luar Negara dari beberapa orang pakar dalam bidang ini.

 El Husna dibawa ke perpustakaan awam West End. Perpustakaan ini sangat selesa dan menarik untuk keluarga dan komuniti, kita bukan warganegara juga mempunyai hak untuk menggunakan segala kemudahan percuma yang disediakan council.  Kami sekeluarga dah jadi ahli, aku dah pinjam buku digital photography dan cadang nak pinjam dvd movie mancanegara dari iran, czech republic, poland, pakistan, india, bangladesh, romania dan banyak negara lagi.
Mak dan anak depan pintu masuk librabry, cahaya matahari semakin kuat masuk musim semi ini.

No comments: