Lagu bertajuk Anakku Yang Pertama oleh M Daud Kilau bila dengar lagu ni buat aku rasa relax dan hiba juga mungkin lenggok suara Daud Kilau yang mengembalikan ingatan aku masa kecik-kecik dulu...ingatan sebagai anak dengan emak dan secubis ingatan dengan bapakku...aku cuba bayangkan juga perasaan ibu ayah ini terhadap anak-anak. Aku ada dua anak, emak bapakku ada 8 anak. Aku rasa harapan dalam hati untuk anak-anak...tentulah sama macamana aku sayangkan anak-anakku, tetapi tak dapat disamakan dengan apa yang telah mereka lalui dan korbankan...Al-Fatihah untuk emakku Hajah Che Gayah binti Morat(1936-2010) dan bapakku Ahmad bin Mat Nor(c.1925-1980. Tahun 2010 emakku kembali ke rahmatAllah, Adam berusia 10 tahun ketika itu, sama umurnya dengan umur aku ketika bapakku pergi ke pangkuan Ilahi pada tahun 1980. Selepas kehilangan seorang wanita dalam keluarga aku pada tahun 2010 itu, Allah anugerahkan pula El Husna Tihani tahun hadapannya kepada keluarga kami, melihat El Husna sentiasa menyegarkan ingatanku kepada ibuku yang tercinta..buah hati ku..
Walaupun tajuknya Anakku Yang Pertama tetapi Adam Firdaus dan El Husna Tihani kedua-dua anugerah tuhan yang pertama lelaki dan yang pertama perempuan sebagai penyambung zuriat kami, juga ingatan aku kepada semua anak-anak menakan aku yang pernah dan sentiasa aku kasihi.
Abang yang sentiasa sayangkan adiknya
Gambar keluarga ini dirakamkan di tahun 1975 semasa parti hari lahirku yang ke 5. Aku tengah asyik main hadiah kereta bomba warna merah yang dihadiahkan oleh sepupu aku kalau tak silap abang jon(berdiri pertama dari kiri).
Ramai yang pakai baju batek hari itu, baju batek kak long beli dari Jakarta(dia baru balik berkursus dari Jakarta). Aku ada album khas hari jadi ni, warna merah depan gambar astronout libra yang buat aku angan-angan nak jadi angkasawan sekejap masatu, tapi di mana album tu ya...nanti aku kena cari...
Dalam gambar berdiri dari kiri ke kanan - Adek Zainurin(anak pupu, aruah Kak Nab) didukung oleh Zulkifli/Abg Jon(anak Long Jam&Long Man/Long Jantan(almarhum)), Kak Long(penaja utama majlis tu, thanks kak) dengan kebaya singkat/kakak no.1(anak pertama), Pak Jan, Kak Mah/kakak no.2(anak kedua), Kaman anak Tok Ngah Jam&Tok Ngah Peryat), Kak Lin tengah dukung anak, emakku(almarhum), dibelakang dibawah bayang tu Abang Chet/abang no.2(anak ke 4)(aku ingat lagi dia yang sibuk hias rumah dengan gantungan plastik kilat chrome yang panjang tu digantung di siling), depan mak Abang Tan/abang no.3(anak ke 6), bapak(almarhum), depan bapak kebaya kuning tu kak mirjan isteri Abang Rasyid/pupu, belakangnya Pak Long Aq(almarhum), Abang Rasyid(almarhum) yang sentiasa smart ala 60's. Duduk dari kanan Zarina/anak pupu, Kak Zana/kakak no.4(anak ke7), Azman(man) bin Rashid/anak pupu, Azizan(Yan) bin Rashid/anak pupa) dan Amerrudin bin Ahmad/aku.
No comments:
Post a Comment