Pages

Sunday, January 22, 2012

KIRKLEY HALL, PONTEYLAND

Balik dari Stanley terus ke Ponteyland. Pesan kat Adam, kalau kita tak berjimat akibatnya kita datang ke Ponteyland sajalah tak jadi le ke Disneyland...tengok biri-biri, kuda dan keldai. Ponteyland ni kawasan country, cantik dan ada kolej pertanian dan tempat penyelidikan haiwan ala-ala UPM.

Husna dapat peluang keluar rumah/kereta saja dia cukup seronok, gelak sampai nampak gigi walaupun cuaca sejuk dan berangin. Masuk balik dalam kereta apa lagi dia punya keriyau la.


Gambar di bawah ni tak berkatan dengan trip hari ini, cuma sebahagian dari archive yang telah dibuat sentuhan semula.




Saturday, January 21, 2012

YES I'M DRIVIN IN ENGLAND

This is what i got after nearly 3 month of driving around in newcastle. A parking charge due to overdue of parking time. its 10 minutes late and i have lost £80..

PARIS 2012?


Ini adalah gambar 2005 guna mobile nokia 'pisang'. Gambar dalam Louvre dan sekitar Eifel Tower. Aku duduk di hotel di kawasan Quater Latin kongsi 3 orang dengan erol dan manon 80 euro sati malam. Kami memang takde bajet masa tu pasal bajet asal adalah untuk belanja di Cuba. Singgah di Paris selepas balik dari Havana Cuba. lebih kurang 3 minggu juga di Cuba tu. (cerita Cuba rujuk Haba  Habana dalam posting lama). Kenapa aku upload gambar lama ni?...bukan apa sebagai ingatan untuk masukkan dalam bajet dan rancangan untuk ke Paris sebelum September tahun ni. Why? pasal akau dah dapat reminder dari Adam melalui mamanya - "..Bulan September nanti Adam dah genap 12 tahun, nanti dah tak dapat tawaran package istimewa  children under 12 untuk ke Disney Land Paris" tu diaa..tapi memandangkan jarak dah dekat ni mungkin papa akan usahakan, kita kena jimat-jimatlah sikit untuk cover travel europe nanti.  Ada rezeki mungkin kita travel dengan kereta ataupun apa-apa cara yang bersesuaian dengan bajet ekonomi kita.   






Sedang mencari arah dengan Manon.
Foto oleh Mohamad Khazrol(Pak Tam).

Wednesday, January 18, 2012

LAYAN LAGU

Cuba buat videoclip sekali sekala

Tuesday, January 17, 2012

BUAH HATIKU / FRUITS OF MY HEART

Lagu bertajuk Anakku Yang Pertama oleh M Daud Kilau bila dengar lagu ni buat aku rasa relax dan hiba juga mungkin lenggok suara Daud Kilau yang mengembalikan ingatan aku masa kecik-kecik dulu...ingatan sebagai anak dengan emak dan secubis ingatan dengan bapakku...aku cuba bayangkan juga perasaan ibu ayah ini terhadap anak-anak. Aku ada dua anak, emak bapakku ada 8 anak. Aku rasa harapan dalam hati untuk anak-anak...tentulah sama macamana aku sayangkan anak-anakku, tetapi tak dapat disamakan dengan apa yang telah mereka lalui dan korbankan...Al-Fatihah untuk emakku Hajah Che Gayah binti Morat(1936-2010) dan bapakku Ahmad bin Mat Nor(c.1925-1980. Tahun 2010 emakku kembali ke rahmatAllah, Adam berusia 10 tahun ketika itu, sama umurnya dengan umur aku ketika bapakku pergi ke pangkuan Ilahi pada tahun 1980. Selepas kehilangan seorang wanita dalam keluarga aku pada tahun 2010 itu, Allah anugerahkan pula El Husna Tihani tahun hadapannya kepada keluarga kami, melihat El Husna sentiasa menyegarkan ingatanku kepada ibuku yang tercinta..buah hati ku..

Walaupun tajuknya Anakku Yang Pertama tetapi Adam Firdaus dan El Husna Tihani kedua-dua anugerah tuhan yang pertama lelaki dan yang pertama perempuan sebagai penyambung zuriat kami, juga ingatan aku kepada semua anak-anak menakan aku yang pernah dan sentiasa aku kasihi.

Adik yang sentiasa seronok bermain dengan abang
Abang yang sentiasa sayangkan adiknya

                           *Perhatikan wajah budak yang duduk barisan hadapan pertama dari kiri...aku rasa Husna ada sikit iras muka aku masa kecil.
                           Gambar keluarga ini dirakamkan di tahun 1975 semasa parti hari lahirku yang ke 5. Aku tengah asyik main hadiah kereta bomba warna merah yang dihadiahkan oleh sepupu aku kalau tak silap abang jon(berdiri pertama dari kiri).
                            Ramai yang pakai baju batek hari itu, baju batek kak long beli dari Jakarta(dia baru balik berkursus dari Jakarta). Aku ada album khas hari jadi ni, warna merah depan gambar astronout libra yang buat aku angan-angan nak jadi angkasawan sekejap masatu, tapi di mana album tu ya...nanti aku kena cari...
Dalam gambar berdiri dari kiri ke kanan - Adek Zainurin(anak pupu, aruah Kak Nab) didukung oleh Zulkifli/Abg Jon(anak Long Jam&Long Man/Long Jantan(almarhum)), Kak Long(penaja utama majlis tu, thanks kak) dengan kebaya singkat/kakak no.1(anak pertama), Pak Jan, Kak Mah/kakak no.2(anak kedua), Kaman anak Tok Ngah Jam&Tok Ngah Peryat), Kak Lin tengah dukung anak, emakku(almarhum), dibelakang dibawah bayang tu Abang Chet/abang no.2(anak ke 4)(aku ingat lagi dia yang sibuk hias rumah dengan gantungan plastik kilat chrome yang panjang tu digantung di siling), depan mak Abang Tan/abang no.3(anak ke 6),  bapak(almarhum), depan bapak kebaya kuning tu kak mirjan isteri Abang Rasyid/pupu, belakangnya Pak Long Aq(almarhum), Abang Rasyid(almarhum) yang sentiasa smart ala 60's. Duduk dari kanan Zarina/anak pupu, Kak Zana/kakak no.4(anak ke7), Azman(man) bin Rashid/anak pupu, Azizan(Yan) bin Rashid/anak pupa) dan Amerrudin bin Ahmad/aku.
nota* zarina dan yan, dua anak pupu yang sama usia dan pernah bersekolah yang sama dengan aku masa di sekolah rendah dan menengah sekejap sebelum aku bertukar ke Kelantan, Yan pula ke sekolah asrama di Kulim.

Monday, January 16, 2012

Adam Home Alone

Adam berjalan ke sekolah setiap hari, jarak dalam 5 minit sahaja. Seblah tangan pegang beg sebelah lagi pegang lunch box.
Hari ini suhu -4c frost jalan pun licin. Depan sekolah dah ditabur garam untuk cairkan ais. Rutin seharian sehingga masuk semester 2, setiap pagi jam 8.45 am hantar Adam ke sekolah, sebelum ni, mak long tolong hantar hari isnin, selasa, khamis. Adakala Adam akan pergi sendiri. Mulai minggu depan aku dah daftar Adam sebagai 'home alone'. Masukkan nama Siti jiran kami emak Zahim dan Ahmad untuk collect Adam sekali sekala. Adam bukan tak boleh jalan sorang cuma dia cari peluang nak main dengan kawan-kawan .
Jadi lepas sekolah dia akan dilepaskan oleh guru untuk keluar kelas sendiri. jika tidak setiap murid hanya dibenarkan keluar kelas pulang apabila ada parent/carer datang collect. Yang menariknya cikgu dia cepat cam jumpa sekali saja, mana-mana parent sampai dia akan panggil nama murid untuk keluar. Cara ini baik untuk hubungan parent dan guru-guru.

Aku dah dapat jadual sem 2. Padat 9 sampai 5 isnin, selasa, khamis dan jumaat. Semua di studio. Itu antara sebab Adam untuk Home Alone. Harap Adam tabah dan tough..

Saturday, January 14, 2012

Anthony Gormley's Angel of The North Newcastle a day trip to Durham with family and friends. Outing sempena cuti christmas 2011. kami konvoi 4 kereta ke Durham. Pengalaman yang tak dap at dilupakan bila nak berhenti ke pandas di Durham.... shopping complex..tutup,  cari stesyen minyak.. tutup, ke stesyen keretapi ...tutup, ke rumah tumpangan ...tutup akhir sekali ke Hospital nasib baik buka.


 Dari jauh aku perhati anakku Adam yang semakin dewasa dengan  kasut Dr Martin  saiz 8 yang dibeli di carboot dengan harga £1 begitu terserlah kapainya kaki dia..hmm
Aina anak Halim dan Afda jiran sekampung Benwell
 Bemish The Living Museum of the North tempat untuk melihat dan merasai kehidupan orang Britain zaman Edwardian, lepas zaman Victorian.
Land Rover Defender, kalau ada yang ni dan poket penuh bukan setakat Europe aku ingat boleh travel keliling dunia aku anak beranak
Visit beberapa tempat menarik cathedral dan kota-kota lama yang mempunyai senibina pengaruh norman dan roman.






Jalan kaki naik bukit dari tempat parking, boleh tahan jugak..nampak



Maklong tolong Husna ketuk pintu Library









Satu lagi posing untuk cover album terbaru...



Piknik di tepi hutan, selepas penat berjalan, kami pun bentangkan tikar dan keluarkan bekalan makanan masing-masing dan berkelah di tepi jalan. Ini adalah kebiasaan di sini, berjalan sentiasa bawa bekal, di sini nak makan kat kedai pun bukan tak boleh banyak kedai halal kat tepi jalan nun...tapi tak syok(sebenarnya nak kena berjimat..)









Yang penting mom happy.....