Pages

Wednesday, November 28, 2012

PORTMERRION BOTANICAL FLOWER

 kalau minat sila ke blog ini untuk maklumat lebih lanjut http://elrosecottage.blogspot.co.uk



Dah jadi iklan pulak blog ni...tapi takpalah, sebenarnya saja nak tunjuk gambar untuk sahabat yang pesan portmerrion, nak upload dalam FB lambat dan nanti orang ingat macam-macam lah pulak. Tapi kalau ada sapa sapa nak order pun boleh. Sila lihat dibawah:

 Tea set row belakang tu dan set kopi mocha(kecil sikit)  depan, ada 6 jenis bunga semuanya.
 Gambar sekerat, pinggan 12 inci(spaghetti bowl/ pinggan tambah) ada 5 jenis bunga
 Tambahan dua piring cucur individu /desert 6 inci
 Tea cup 2 pt , creamer pitcher, covered sugar bowl, tea and saucer 7oz, mocha coffee cup and saucer 3.5oz


Individual dinner plate 10 inch ada 12 jenis bunga

yang ni bukan portmerrion....ini bekas basuh tangan zaman Victorian, ada banyak reka corak yang kosong hijau, bunga dan berbagai saiz...sebagai koleksi (kat sini kami guna masa jamu orang makan kat rumah). Nice piece..as an ice breaker..

Thursday, November 1, 2012

LE PAPILLION

Ini lagu kegemaran yang selalu aku dengar dan teringatkan adam masa dia kecik-kecik dulu lebih kurang dalam tahun 2004.. kemudian lagu ini jadi film 'le papillon'..sekarang lagu ni untuk el husna dan adam dan untuk anak-anak yang sangat suka bertanya..

Le papillon (perancis)

Pourquoi les poules pondent des oeufs?
Pour que les oeufs fassent des poules.
Pourquoi les amoureux s'embrassent?
C'est pour que les pigeons roucoulent.
Pourquoi les jolies fleurs se fanent?
Parce que ca fait partie du charme.
Pourquoi le diable et le bon Dieu?
C'est pour faire parler les curieux.
Pourquoi le feu brule le bois?
C'est pour bien rechauffer nos coeurs or.
Pourquoi la mer se retire?
C'est pour qu'on lui dise "Encore."
Pourquoi le soleil disparait?
Pour l'autre partie du decor.
Pourquoi le diable et le bon Dieu?
C'est pour faire parler les curieux.
Pourquoi le loup mange l'agneau?
Parce qu'il faut bien se nourrir.
Pourquoi le lievre et la tortue?
Parce que rien ne sert de courir.
Pourquoi les anges ont-ils des ailes?
Pour nous faire croire au Pere Noel.
Pourquoi le diable et le bon Dieu?
C'est pour faire parler les curieux.
ca t'a plu, le petit voyage?
A la prochaine fois, d'accord.
D'accord.
Je peux te demander quelque chose?
quoi encore?
on continue mais cette fois-ci c'est toi qui chantes.
Pas question.
Tu te pleures.
Non, mais non.
alors, c'est le dernier couplet.
Tu ne crois pas que tu pousses un peu le pourchas?
Pourquoi notre coeur fait tic-tac?
Parce que la pluie fait flic flac.
Pourquoi le temps passe si vite?
Parce que le vent lui rend visite.
Pourquoi tu me prends par la main?
Parce qu'avec toi je suis bien.
Pourquoi le diable et le bon Dieu?
C'est pour faire parler les curieux.
Try to align

The Butterfly

Why do chickens lay eggs?
So that eggs make chickens.
Why do people in love kiss?
So that the pigeons coo.
Why do the pretty flowers fade?
So that it makes a part of the charm.
Why the devil and the good god?
It's to make the curious talk.
Why does fire burn wood?
It's to rekindle our golden hearts.
Why does the ocean's tide go out?
It's so that we'll ask it 'again'.
Why does the sun disappear?
For the other part of the decoration.
Why the devil and the good god?
It's to make the curious talk.
Why do wolves eat lambs?
Because it needs to nourish itself well.
Why the hare and the tortoise?
Because there's no use in running.
Why do angels have wings?
To make us believe in Santa Claus.
Why the devil and the good god?
It's to make the curious talk.
Did you like the small trip?
Next time, agreed.
Agreed.
Can I ask you one more thing?
What else?
We'll continue, but this time it's you who sings.
No question.
You're crying.
No, no.
Then, it's the last verse.
You don't think you're pushing the chase a bit?
Why is our heart ticking?
Because the rain makes a flic-flac.
Why does time pass this quickly?
Because the wind visits it.
Why don't you take me by the hand?
Because I feel well with you.
Why the devil and the good god?
It's to make the curious talk

Sunday, September 30, 2012

KENANGAN MUSIM PANAS


Rasanya sekejap saja hari dah nak masuk winter balik...ini sebahagian kenangan musim panas yang lalu dengan latar preview lagu summer wind frank sinatra

Saturday, September 29, 2012

Sunday, September 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI DARI NEWCASTLE

Dalam rumah sewa kami di 99 Ladykirk Road, Newcastle Upon Tyne, England.
Di tingkat 2 skylight  Beacon Building tempat majlis hari raya Balai Newcastle

Friday, August 31, 2012

SEHARI SEBELUM RAYA

Malam terawih terakhir di masjid tauhid Imam Al Basit maklumkan pada hari Jumaat selepas  dzuhur akan ada aktiviti berinai atau henna untuk sisters dan children. Tradisi di sini, mungkin dominan pengaruh india, pakistan, bangladesh kat sini kut. warga luslim lain yang ramai di sini ialah turki, kurdish, arab dan parsi.

Maka selepas Jumaat dibawalah El dan mama dia untuk jumpa sisters lain dan berinai kat masjid tauhid tu. Tujuan acara ini adalah untuk menambah tabung derma masjid dan para sisters bercampur sesama mereka dalam persediaan eidul fitri di sini.






Wednesday, August 29, 2012

SEKOLAH BARU ADAM

Adam akan masuk sekolah menengah bulan september ni. Masa daftar sekolah rendah Canning kat Council dulupun kami terus daftarkan sekali untuk sekolah menengah, masa tu officer kat Council tu cadangkan Excelsior Academy. Adam dah pun diterima masuk ke akademi ni. Dia terpilih untuk masuk ke Milburn School of Health Related Studies. Ada 4 sekolah semuanya dalam akedemi ini- Armstrong School of Business And Economics , Hadrian School of Environment, Technology And Design  dan  Jefferson School of Creative And Performing Arts.






KE CONGLETON AMBIL KERETA



 Showroom Martone di  Congleton sebuah pekan inggeris 20 batu dari Manchester dan 274 batu dari rumah kami di Newcastle. kami 4 beranak ke sini untuk tengok kereta buat kali ke 4 setelah yang lain ada saja yang tak kena dan hati tak tertarik. Ini garaj Martone keluarga Itali Inggeris yang buat bisnes restorasi kereta sport retro dan jual used car. kami berusrusan dengan Valentino Martone tuan punya garaj ini. Setelah tengok, uji pandu serta semak semua dokumen DLV, MOT anak beranak sepakat setuju dengan kereta ni. Jadi Mercedes C class C200 kompressor Elegant S.E ni pun jadi ahli keluarga kami yang baru..
 El Husna tiap kali suruh posing, dia pasti pi duduk menyangkung...

 Adam suka kereta ni pasal side mirror dia boleh dilipat automatik.



Urusan beli kereta di UK ni senang, bayar duit ambil resit, bawa balik borang DLV dan kalau kereta tu ada road tax dan penjual akan sediakan insuran 7 hari dah boleh pandu bawa balik. Waranti untuk enjin diberi 3 bulan kalau kita nak 6 bulan atau setahun kita boleh beli dengan beberapa kadar tertentu.

Friday, August 17, 2012

TANAH SCOT

Kami ke Scotland musim panas ni. Perancangan yang agak lewat, Tapi seperti biasa disini yang orang kat Malaysia tak buat ialah kongsi bilik. Kami kongsi dengan keluarga Halim jiran kami, dalam bilik ada 4 dewasa dan 4 budak.. lagipun balik hotel untuk tidur saja.. keluar pagi balik lewat malam. dan hotel ni pulak dia charge per room bukan per person seperti kebiasaan hotel di uk ni.

Kami station di Ayr sebelah barat Scotland, kami cadang berjalan sebelah utara barat Scotland dahulu untuk lihat panorama Highland yang cantik. terus  ke daerah paling utara iaitu Inverness, untuk singgah di tasik Loch yang terkenal dengan Loch Ness tu. balik singgah Fort William. Kemudian ke Streling, ke Aberdeen melalui Perth, Dundee, dan balik Newcastle melalui Edinburgh. Utara Scotland ni lebih atas dari Moscow dan dekat dengan Iceland jadi cuaca amat berbeza dengan England yang lain. Tapi perjalanan musim panas sedikit terganggu dengan sejenis agas yang akan hurung dan ketit badan kita lebih gatal dari nyamok.

 Bangunan dari batu granite di Aberdeen
 Loch ness
 Glasgow
 Singgah di Badenoch di Highland

 Posing tepi Loch ness exhibition center
 Loch ness
 Dramound Safari di Sterling

 Bandar kota Sterling, bandar buku dan uni sterling
 Kota dan bandar lama sterling belakang castle tu
 Fort Willim dah lewat petang
 Ben Navis tempat pusat ski musim winter
 Masjid Noor Glasgow. Kami juga singgah di Pusat Islam Scotland, Masjid di Sterling dan Aberdeen. Istimewa berjalan bulan Ramadhan musim panas ni, siang panjang, jamak zohor dengan asar around pukul 7 kalau letih tunggu maghrib pukul 9, boleh berbuka puasa dengan jamaah masjid dan kalau sesiapa yang nak terus sambung isyak dan terawih.
Rezeki dapat berbuka free dengan penduduk tempatan.
 Atau singgah mana-mana bumi Allah untuk sembahyang. Ni salah sebuah tasik (Loch) dalam perjalanan turun ke Fort William. Semua sungai da tasek airnya bersih jernih.


 Inverness ibu kota Highland negeri utara Scotland

 Makan tak ada masalah, banyak kedai halal di sini.
 Sedikit persiapan raya di Ummah Welfare trust, menderma sambil berbelanja, harga pun tak mahal
 Panas di Glagow
 Inverness