Pages

Sunday, December 18, 2011

SALJI MULA TURUN


Yang ini buat mood 70's 










Posing ala Epiloq Cinta Dari Bromley-Suhaimi Mior Hassan, tapi yang ni dari Stanley... ha ha. foto oleh Adam pakai hp jer
koleksi terbaru adam -jaguar corgi
kebiasaan adam, jatuh sikit berguling-guling
tak percaya ke? he he
maklong dengan adam background railway tanfield durham
adam dengan mama dia...

Salji mula turun hari ini 15 dec 2011, tepat tekaan shauki, katanya kebiasaanya rumput halaman rumahnya basah malam tu tanda esok nak salji. Pagi 15 jam 9.30 ke sekolah adam tengok production budak reception dan selingan budak year 6 kelas adam nyanyi. selepas show head teacher ucap selamat bercuti dan merry christmas dan tiba-tiba snow kat luar. text kaklong dan isteri bagitau dah snow. tak sabar petang ni ambil adam kat sekolah nak main snow dengan dia. petang tu isteri sampai rumah dalam salji lebat, dia bagitau terjatuh tadi dan tangan kiri dia yang sakit tu tak boleh angkat. snow ni ada kemalangan sikit. jam 3 lepas ambil adam pi ke newcastle walk in center. layanannya cepat dan bagus. kami kata 'we would like to see a doctor please' receptionist kata 'sorry, we dont have a doctor here but we have nurse', jumpa nurse yang separuh usia. dia perkenal diri dia dan mula interview lepas check dia terus call jabatan radiology untuk hantar buat x-ray. hebat nurse je yang buat keputusan tu dan terus ke x-ray balik mai jumpa dia lagi dan syukur hanya trauma pada otot bahu takde terseliuh apa, sambung ubat dan rehat.

ahad kami ke stanley sekali lagi kali ini car boot terakhir dan akan sambung balik tahun depan januari. hari ni pergi nak cari freeview box untuk t.v di rumah, rugi la bayar lesen t.v £ 145.00 setahun hanya tengok 4 cahanel yang noisy. kalau ada set freeview boleh dapat 40 chanel free dan clear. freeview car boot jimat sikit dalam £ 3-£5 jer kalau beli yang paling murah pun akat ASDA dalam £26 tak mampu..
Adam cam biasa cari model car dia, mama dia cari jaket husna dan dirinya untuk winter ni, maklong pula cari stoneware made in England...

No comments: