Pages

Monday, December 26, 2011

Main Salji dengan El Husna

Adam dan Omar bersedia untuk snow fight atau nak bust ais kepai?

                                       

         

                                          Nampak awan rendah? bukan itu asap keretapi santa di Tanfield dikiri jalan sedang menuju stesyen Tanfield. Kami singgah di dekat stesyen untuk berposing..



Sunday, December 18, 2011

SALJI MULA TURUN


Yang ini buat mood 70's 










Posing ala Epiloq Cinta Dari Bromley-Suhaimi Mior Hassan, tapi yang ni dari Stanley... ha ha. foto oleh Adam pakai hp jer
koleksi terbaru adam -jaguar corgi
kebiasaan adam, jatuh sikit berguling-guling
tak percaya ke? he he
maklong dengan adam background railway tanfield durham
adam dengan mama dia...

Salji mula turun hari ini 15 dec 2011, tepat tekaan shauki, katanya kebiasaanya rumput halaman rumahnya basah malam tu tanda esok nak salji. Pagi 15 jam 9.30 ke sekolah adam tengok production budak reception dan selingan budak year 6 kelas adam nyanyi. selepas show head teacher ucap selamat bercuti dan merry christmas dan tiba-tiba snow kat luar. text kaklong dan isteri bagitau dah snow. tak sabar petang ni ambil adam kat sekolah nak main snow dengan dia. petang tu isteri sampai rumah dalam salji lebat, dia bagitau terjatuh tadi dan tangan kiri dia yang sakit tu tak boleh angkat. snow ni ada kemalangan sikit. jam 3 lepas ambil adam pi ke newcastle walk in center. layanannya cepat dan bagus. kami kata 'we would like to see a doctor please' receptionist kata 'sorry, we dont have a doctor here but we have nurse', jumpa nurse yang separuh usia. dia perkenal diri dia dan mula interview lepas check dia terus call jabatan radiology untuk hantar buat x-ray. hebat nurse je yang buat keputusan tu dan terus ke x-ray balik mai jumpa dia lagi dan syukur hanya trauma pada otot bahu takde terseliuh apa, sambung ubat dan rehat.

ahad kami ke stanley sekali lagi kali ini car boot terakhir dan akan sambung balik tahun depan januari. hari ni pergi nak cari freeview box untuk t.v di rumah, rugi la bayar lesen t.v £ 145.00 setahun hanya tengok 4 cahanel yang noisy. kalau ada set freeview boleh dapat 40 chanel free dan clear. freeview car boot jimat sikit dalam £ 3-£5 jer kalau beli yang paling murah pun akat ASDA dalam £26 tak mampu..
Adam cam biasa cari model car dia, mama dia cari jaket husna dan dirinya untuk winter ni, maklong pula cari stoneware made in England...

Tuesday, December 13, 2011

Hidup di Kota Baru (Newcastle)

Winter 16 January 2013
 7.45am november 2012

 November fall.  temp -1ºc
 malam tadi snow, Jumaat raja haji 2012 oktober

                                         Oktober 2012


Minggu pertama kami pindah, pohon di taman depan rumah berseri dengan daun-daun musim autumm, cuaca agak sejuk dan berangin..

Masuk minggu ke 4, daun-daun semakin hilang pohon bersedia menyambut musim dingin,
suhu menggigit dengan angin yang kuat sehingga 80 batu sejam, bunyi angin vooo! vooo! teringat aku dipukul ribut tengah malam di tengah laut selat melaka memancing dengan kawan-kawan zaman bujang dulu...tobat...Pintu depan rumah
anak aku kata macam GTA

Bawa El husna berjalan di belakang rumah, cahaya matahari banyak hari ni walaupun suhu 5ºc.
 Winter 2013 Januari










Wednesday, November 16, 2011

with aung htet at his house near yangon

Yangon





Pergi ke Yangon (Rangoon) pada tahun 2003 melawat studio dan rumah beberapa orang artis dan aktivis sekitar yangon. Pada tahun 2008 jumpa pula prof. ba maung di inner monggolia cerita pasal orang mon dan sejarah asia tenggara.

KEMBALI DENGAN HEADER BARU

Salam kepada saudara setanah air dan semaya pada, setelah sekian lama baru harini teringin masuk balik blog ni dan nak update...terlupa username dan dapat ingat balik hari ni.

Tahun ini aku mulai hidup baru di Kota Baru @ Newcastle Upon Tyne, UK. sebagai pelajar. Daftar masuk lewat lepas tu kena kejar banyak benda dan perkara berkaitan penginapan, hal keluarga, bank, kenderaan, insuran, barang rumah, sekolah anak, bini, persatuan, sekolah aku yang kena test dan assigment.. dan macam-macam lagi. Mungkin akan aku huraikan diposting yang lain dengan lebih detail untuk perkongsian. Video ni saja aku buat lepas 'angin' sempena keserabutan ini...tajuk posting ni pun header jadi aku buat head banging sikit...bukan apa saja untuk hiburan anak aku..