Pages

Monday, February 18, 2013

HARI AKHIR BERMAIN SLEDGE

Hari ini sampaikan hajat Adam untuk pergi ke Townmoors Hill untuk ber'sledge'. Mulai minggu depan suhu semakin meningkat, Esok suhu dah 4ºC dan salji semakin mencair. Hari ini suhu masih sekitar -2ºC, kereta masih parking di West Road depan kedai Medina. Jalan ranting didepan rumah masih tebal salji dan ais, kereta sentiasa terlekat dan tidak dapat mendaki, sebab kami tak tukar tayar winter.


Di Townmoors Hill ramai yang datang untuk last kopek sledging, El Husna pun seronok dapat maik sledge. Ada instalasi snow man kecil dan besar masa jalan nak naik bukit tu, kami sempat bergambar, tapi lepas tu snowman tu dah hancur oleh penangan budak-budak nakal..
Townmoors Hill, masuk ikut sini..tempat ini pada musim panas dijadikan padang ragut untuk lembu, dan kawasan orang berjoging.

Abang tarik adik, parking agak jauh, kena jalan dalam snow yg semakin lembut macam jalan dalam bendang..
Tak ramai macam 2 minggu lepas masa snow tengah lebat.





Sempat bergambar dengan snowman tinggi sebelum dimusnahkan budak-budak..



panjat bukit
dan turunnn sledgeeee...

giliran papa dan el pula

Adam shoot gambar ni sambil meniarap

Sampai di bawah..nasib baik tak langgar orang



matahari ni masa baru sampai, bukan masa nak balik, Adam shoot sambil letak kamera atas snow..langit kelihatan tenang beralunan.
el kata bai bai siii yuu



 Bye-bye tanah salju semoga dapat bermain dengan anak-anak ku lagi suatu masa nanti..


Sledge

Bersama el husna dalam sledge, turun tak jauh sangat sebab nak naik bukit tu agak tinggi, risau kalau turun sat gi laju sangat pasal ada el husna atas riba. Dalam video ni kelihatan adam shoot gambar sambil meniarap atas snow belah kiri kami...wooww el husna seronok dan nak naik lagi ..

Memandu Tanpa SAT NAV


Jalan sunyi..adam kata kalau kat sini dia tak takut tapi kalau kat malaysia dia rasa takut lalu tempat macam ni

dah masuk daerah New York..


Kebiasaan di sini kalau memandu ke dsetinasi baru akan dibantu oleh  satellite navigation, aku ada dua sat nav, satu masa baru sampai dulu beli yang kecil dan murah jenis Binatone memang dah banyak berjasa dah, merata juga berjalan pakai yang tu dan memang kerap terlepas jalan pasal direction dia perlahan sikit. Lepas tu ada satu lagi jenis Garmin yang diberi oleh Dr Wan Adnan selepas dia balik Malaysia dulu. jenis ni lebih accurate, dia bagi alamat depan rumah, tak macam binatone dulu yang bagi lokasi belakang rumah...anyway, sekali sekala memandu tanpa sat nav ni pun seronok juga(tapi rugi minyak kalau sesat melarat nanti) memandu cara konvesional tengok signboard dan tanda arah jalan. Adam jadi co-pilot kena baca tanda arah dari jauh supaya tak kelam kabut membelok bila sampai simpang. masalahnya dua-dua orang rabun jauh..dah dekat dah baru boleh baca. jadi drive pun kena lah slow sikit jika nampak tanda arah tu.

Wednesday, February 6, 2013

Wind the bobbin up

lagu kegemaran el husna

Tuesday, February 5, 2013

Rwak kerr...kenangan









Adam ikut sajaa


 7.00 am breakfast before goes to school
 7.00pm home works

 Pokemon game
 weekend
 Returning from school