Pages

Saturday, October 19, 2013

RAYA KORBAN

 Dua beradek di pagi idul adha
Daging korban rebus, ayaq asam, ulam petai dan sayur lemak pucuk labu...ringkas untuk hidangan tengahari sabtu

Friday, May 31, 2013

SWITZERLAND



















EROPAH Rehlah ke sebahagian yang sangat sedikit

“Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim).
Amru Bin Al-Ash mengulas tentang hadith ini:
Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.

















Sunday, March 10, 2013

Turun Lagi


Hari ni turun lagi salji buat kali ke 6 atau ke 7 dalam 3 bulan ini.

Monday, February 18, 2013

HARI AKHIR BERMAIN SLEDGE

Hari ini sampaikan hajat Adam untuk pergi ke Townmoors Hill untuk ber'sledge'. Mulai minggu depan suhu semakin meningkat, Esok suhu dah 4ºC dan salji semakin mencair. Hari ini suhu masih sekitar -2ºC, kereta masih parking di West Road depan kedai Medina. Jalan ranting didepan rumah masih tebal salji dan ais, kereta sentiasa terlekat dan tidak dapat mendaki, sebab kami tak tukar tayar winter.


Di Townmoors Hill ramai yang datang untuk last kopek sledging, El Husna pun seronok dapat maik sledge. Ada instalasi snow man kecil dan besar masa jalan nak naik bukit tu, kami sempat bergambar, tapi lepas tu snowman tu dah hancur oleh penangan budak-budak nakal..
Townmoors Hill, masuk ikut sini..tempat ini pada musim panas dijadikan padang ragut untuk lembu, dan kawasan orang berjoging.

Abang tarik adik, parking agak jauh, kena jalan dalam snow yg semakin lembut macam jalan dalam bendang..
Tak ramai macam 2 minggu lepas masa snow tengah lebat.





Sempat bergambar dengan snowman tinggi sebelum dimusnahkan budak-budak..



panjat bukit
dan turunnn sledgeeee...

giliran papa dan el pula

Adam shoot gambar ni sambil meniarap

Sampai di bawah..nasib baik tak langgar orang



matahari ni masa baru sampai, bukan masa nak balik, Adam shoot sambil letak kamera atas snow..langit kelihatan tenang beralunan.
el kata bai bai siii yuu



 Bye-bye tanah salju semoga dapat bermain dengan anak-anak ku lagi suatu masa nanti..